Powered By Blogger

AKTIVITI LUAR : PERKHEMAHAN DI BEKOK, TANGKAK

Pada 28-30 Mac 2008, Pertahanan Awam Unit BP telah mengadakan aktiviti luar yang bertempat di Air Terjun, Sungai Bantang, Bekok. Aktiviti ini melibatkan 38 orang anggota dan terdiri daripada 5 orang jurulatih. Tepat jam 3.30 petang, kami bertolak daripada pejabat dan perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam. Sampai sahaja di sana, kami telah diberi taklimat oleh Leftenan Muda Noorizal dan selepas itu, semua anggota diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing. Selepas itu, kami diberi peluang untuk mandi-manda dan bersiap untuk solat maghrib.



Pada sebelah malamnya, selepas solat maghrib dan makan malam, Tn Rizal menerangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Habis sahaja taklimat, Tn Rizal memberi ceramah mengenai "Komunikasi". Antaranya jenis-jenis komunikasi, teknik berkomunikasi dan pihak yang terlibat semasa proses komunikasi berlangsung.



Keesokan harinya, aktiviti dimulakan pada jam 6.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Korporat Pertahanan Awam dan bacaan doa dan senaman pagi yang diketuai oleh staf Mayasan. Selepas sarapan pagi, aktiviti seterusnya adalah "Jungle Trekking". Hanya berpandukan kepada peta yang diberikan, kami meredah hutan belukar untuk sampai ke setiap "checkpoint" yang ditetapkan. Setiap checkpoint kami perlu menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan baik. Pada sebelah petang, kami dikehendaki menyiapkan sebuah "gadget" untuk setiap kumpulan.



Pada malam berikutnya, aktiviti seterusnya adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Antaranya ialah, permainan Tongkang Pecah, Bunga Geti dan Keretapi. Pada hari terakhir kami disana, kami mengulangkaji semula pelajaran yang telah kami pelajari terutama dalam bidang menyelamat,pc dan kebakaran. Selepas majlis penutup, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan kami selama 3 hari 2malam di sana. Kami semua berasa sungguh seronok dan aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama anggota dan menerapkan sifat saling tolong-menolong dan tidak mementingkan diri sendiri.

TRIPLE BOWLINE




Since triple loops are usually only rarely used (such as for an emergency body harness for two legs and the torso), it is not a bad idea to learn one that you can remember years down the line. The Triple Bowline fits that requirement easily. If you know the bowline, the Triple Bowline is automatic. You merely tie a bowline treating a long bight of line as a single rope. The base bowline geometry creates two loops out of the doubled-up line, and the bight at the end forms the third loop. Upon tying, it becomes immediately evident that this knot requires a large amount of rope.

If you only need to use the first two loops, pass the third loop over the other two to prevent the possibility of the bighted "end" of your bowline geometry from backsliding and coming undone. This shouldn't be called a double bowline, but you now know a triple and double loop knot for the price of knowing how to tie a bowline.


REFERENCES
http://www.geocities.com/roo_two/triplebowline.html

SELAMAT DATANG KEPADA TUAN SUHAIMI B IDRIS

Tanggal 1 Januari 2008, Jabatan Pertahanan Awam Unit Batu Pahat telah menerima seorang Pegawai Tetap iaitu Leftenan Muda Suhaimi b Idris. Beliau berusia 25 tahun dan berasal dari Kota Tinggi Johor.Sebelum ini beliau berkhidmat di Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor. Di harap kehadiran beliau di sini menjadikan unit Batu Pahat antara unit yang terbaik dalam Jabatan Pertahanan Awam seluruh Malaysia.